Bak kata peribahasa "Biar mati anak, jangan mati adat". Jika direnungkan secara mendalam, kata-kata
sedemikian boleh dianggap serius bahawa Melayu itu sangat utuh berpegang kepada
adat. cara
- Adat Temenggung – Majoriti masyarakat Melayu di seluruh Nusantara ini mempraktikkannya.
- Adat Pepatih - Sebahagian masyarakat Melat terutama masyarakat Minangkabau.
- Adat sebenar adab
- Adat yang diadatkan
- Adat yang teradat
Adat sebenar adat : ialah
prinsip-prinsip yang bersumber dari agama Islam. Aturan adat ini tiadalah dapat
diubah-ubah. Adat yang pertama ini tersimpul dengan ungkapan “Berdiri adat
karena syarak”.
pula
Dalam masyarakat Melayu, ketiga jenis adat di atas berlaku dalam mengatur kehidupan harian. Di kampung-kampung, aturan adat tersebut masih banyak yang dipraktikkan, tetapi berbeza dengan di bandar yang makin hilang ditelan dek zaman. Adalah menjadi tanggungjawab setiap anak bangsa Melayu agar dapat mempertahankan kemurnian adat istiadat Melayu yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka.
Sebenarnya adat Melayu sungguh halus dan syumul. Bermula tatkala seseorang anak Melayu itu lahir dari kandungan ibunya sudah terpatri adat istiadat Melayu sehinggalah ke hembusan nafas terakhir, setiap individu bernama Melayu sudah diwariskan adat istiadat itu. Begitu seni dan unik sekali adat dan adab bangsa yang dipanggil Melayu.
Adab-adab Melayu
Jika adat istiadat merupakan satu tata cara hidup sesuatu
bangsa, adab pula boleh diertikan dengan tata susila yang membentuk jati diri
kepada bangsa itu. Bila kita persoalkan
isu adab bagi masyarakat Melayu, kita
tidak dapat menafikan tentang keselarian adab-adab yang dianjurkan oleh agama Islam
itu sendiri. Ini kerana peradaban Melayu
memang cukup berseni dan indah.
Peradaban Melayu yang tinggi dapat dilihat jelas sewaktu dulu namun agak
sedih masa kini adab-adab tersebut sudah mula disisihkan oleh masyarakat Melayu
moden.
Sesuatu bangsa itu berbeza adab-adabnya mungkin kerana
perbezaan iklim cuaca, faktor bentuk muka bumi, cara hidup dan cara
berfikir. Orang Arab mahupun Barat
adalah tidak menjadi masalah jika sekiranya seseorang mengusap atau memegang
kepala orang lain bagi tujuan bergurau senda tetapi ianya amat besar masalah
jika dilakukan kepada orang Melayu, agak kurang ajar. Begitu juga dengan sesuatu yang berkaitan
dengan penggunaan kaki, orang Melayu cukup pantang jika seseorang itu
menggunakan kaki bukan pada kegunaannya seperti memberi sesuatu barang kepada
orang lain dengan menggunakan kaki. Hal
ini terbukti, pada sesetengah seni mempertahankan diri seperti ‘Silat Asli’
bagi masyarakat Melayu adalah tidak sopan jika kaki digunakan melebihi paras lutut. Berbeza pula dengan seni pertahanan diri
bangsa lain seperti Cina iaitu ‘Kung Fu’, Korea dengan ‘Tae Kwando’, Jepun pula
‘Judo’ mahupun jiran negara kita iaitu Thailand terkenal dengan ‘Muay Thai’ nya.
Jadi sewajarnya bagi orang-orang Melayu patut bersyukur
serta bangga dengan kurniaan tuhan terhadap bangsa Melayu. Halus dan tertib lendik adab –adab yang diwariskan kepada
mereka. Bermula daripada amalan beradab
di rumah sehinggalah bercampur gaul dalam masyarakat. Adab mencerminkan peribadi bangsa. Adab-adab yang ketara sepatutnya masih
diamalkan oleh orang Melayu iaitu antaranya ;
1) Adab Hormat Orang
Yang Lebih Tua
Amalan seperti ini amat dititikberatkan dalam penghidupan
orang Melayu. Selain kedua orang tua
sendiri, golongan orang yang lebih tua patut dihormati bagi yang lebih
muda. Umpamanya, bila berada dalam
majlis orang yang lebih muda harus menundukkan badan semasa lalu di hadapan
orang yang lebih tua beserta dengan senyuman.
Pertuturan juga mestilah dengan nada suara yang agak rendah sedikit bila
bercakap dengan orang yang lebih tua.
Semua ini sinonim dengan ajaran Rasullah SAW melalui hadis-hadis yang
diriwayatkan.
2) Adab Menuntut Ilmu
Di dalam aspek belajar atau menuntut ilmu, terdapat pihak
murid dan guru. Hormat dan menghormati
satu sama lain, semua masyarakat amat menyanjung guru namun bagi masyarakat
Melayu peranan guru teramat penting dalam membentuk jati diri seseorang
itu. Adab hormati guru dengan
mengamalkan setiap ilmu yang diberi oleh guru itu dengan sewajarnya bukan sebaliknya
yang boleh menjatuhkan maruah guru itu sendiri atau juga boleh mengundang
gejala fitnah. Menerima sesuatu keilmuan
daripada guru juga perlu serius dan fokus sehingga dapat menguasai serta
memberi manfaat kepada yang lain.
3) Adab Bertandang
Bertandang atau dalam Islamnya disebut juga ziarah. Sememangnya juga ada adabnya seperti sebaiknya mesti pada waktu tertentu. Contoh jika seseorang itu hendak bertandang
ke rumah jiran ataupun rakan waktu yang sesuai iaitu pada sebelah pagi, selepas
tengahari, petang dan hanya di awal malam. Sebaliknya waktu lain adalah di anggap tempoh waktu untuk peribadi. Sewaktu tengahari biasanya orang Melayu akan
makan tengahari bersama anak dan isteri setelah itu biasanya adalah masa untuk
keluarga itu berehat seketika. Tempoh
bagi bertandang juga perlu lebih prihatin iaitu pihak tetamu mesti peka dengan
situasi tuan rumah. Sekiranya proses
bertandang itu bukanlah rutin maksudnya jarang atau belum pernah bertandang
maka bagi orang Melayu adabnya mesti dengan membawa ‘buah tangan’ sebagai salam
perkenalan atau menyambung hubungan.
Perlu diingat, bahawa bagi tuan
rumah pula adalah meraikan atau memuliakan tetamu menjadi satu tuntutan adab
Melayu.
4) Adab Pergaulan
Masyarakat
Masyarakat Melayu cukup sensitif dalam aspek pergaulan
sosial. Sejak dulu lagi, keprihatinan
ini dapat dilihat dalam masyarakat Melayu ini. Sangat menitikberatkan mengenali antara satu sama lain, anak jiran sama
macam anak sendiri, ambil berat masalah setempat, bergotong royong dalam banyak
aktiviti seperti kenduri kendara, kematian, sakit demam dan sebagainya
lagi. Sehingga terdapat bidalan bahasa
bagi oarang yang anti sosial atau kurang bergaul sesama jiran iaitu “kera
sumbang”. Agak malang sekali, dewasa ini
menularnya di kalangan orang Melayu moden dengan budaya barat seperti tidak kenal antara jiran dengan jiran, kurang
peduli dengan masyarakat setempat lebih mementingkan diri dan keluarga sendiri
saja, kurang aktiviti pergaulan sesama sendiri secara fizikal tapi lebih ke
arah berhubung dalam alam maya semata-mata.
Malahan banyak lagi jika nak dijelaskan berkenaan dengan
adab atau tata susila bangsa Melayu.
Cukup banyak dan boleh dikatakan sudah lengkap yang tidak bercanggah
dengan ajaran agama. Namun persoalan
yang patut kita fikirkan sekarang sudah kemanakah amalan-amalan adab orang
Melayu yang cukup tinggi nilai dahulunya.
Adakah sudah ketinggalan zaman atau orang Melayu sendiri sudah lupa????
dengan 3 ikatan simpulan mati . Barulah kemudian bayi itu dicuci atau dimandikan. Bayi yang sudan dimandikan hendaklah kemudian dibalut dengan tuala atau kain lembut dan seeloknya kain berwarna putih.
4. Ucapan Tahniah : Sunat mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru menerima cahaya mata kurniaan Allah. Ini mengembirakan akan keluarga itu dan mengeratkan lagi silaturahim da selalunya menjadi amalan orang Melayu memberi hadiah untuk bayi tersebut atau sekadar wang saguhati kepada penimang anak.
5. Menyusu Ibu : Sejak awal lagi hendaklah diamalkan si anak menyusu pada payudara ibunya. Susu ibu amat terbukti khasiatnya yang boleh menghindar dari pelbagai penyakit. Petua orang tua-tua pula menyatakan sekiranya si anak pergi jauh meninggalkan ibunya dapat dipanggil pulang dengan syarat anak itu menyusu dengan ibunya.
![]() |
Majlis Mencukur Rambut |
1. Membuai Anak : Masyarakat Melayu selalunya menidurkan anak di dalam buaian mengunakan kain batik sebagai buaian. Ini untuk memastikan kedudukkan anak dalam keadaan selamat, anataranya;
Anak dalam buaian |
Tepuk amai amai
belalang kupu kupu
tepuk bagi pandai
nanti upah susu
susu lemak manis
santan kelapa muda
adik jangan nangis
ibu banyak kerja
Pada peringkat anak tersebut agak besar sedikit dalam lingkungan melepasi 100 hari, anak tersebut didendangkan pula dengan lagu-lagu rakyat sambil diajar membuat pergerakkan tangan. Lagu ini selalunya didendangkan oleh si nenek dengan lagu seperti lagu ;
Cak cekok, udang gamit
Minta kapur bagi kunyit
nasi di dapur nabis hangit
adik di rumah tergamit-gamat
Tambahan rujukan ;
lagu rakyat : retibasa
ZAMAN KANAK-KANAK
Pada usia anak-anak sudah berusia lingkungan umur 6 ke 7 tahun, mereka sudah dihantar mengaji mukadam dengan tok guru, ustaz ataupun ustazah. Inilah antara keilmuan pertama yang diutamakan oleh masyarakat Melayu kita kerana bangsa Melayu ini tidak dapat dipisahkan dengan Islamnya.
Pada peringkat anak-anak sudah fasih bercakap lah mereka telah diperkenalkan dengan mainan rakyat berteraskan pantun berlagu seperti 'Tom-Tom Bak' atau 'Injit-Injit Semut' dan sebagainya. Permainan rakyat seperti 'Kuit Kandang' atau 'Jengket' dan sebagainya, diperkenalkan semasa anak itu sudah ligat berlari dan sudah pandai berkawan dikampung mereka.
Salah satu amalan orang-orang Melayu dahulu kala, mereka akan menghantar anak-anak berguru silat dalam usia yang muda lagi agar dapat berdisiplin dengan mempelajari ilmu beladiri ini. Pada satu masa dahulu, seni silat yang dipelajari diceruk-ceruk kampung akan diiringi dengan irama gendang silat. Maka ramailah juga anak-anak Melayu yang pandai bermainan gendang, serunai dan gong pada zaman dahulu berbeza pada hari ini.
Tambahan rujukan ;
santai sekejap : agc.gov.my