“Takkan
Melayu Hilang di Dunia” inilah antara
mutiara kata yang membuktikan bahawa bangsa Melayu juga merupakan salah satu ras bangsa besar dunia. Logiknya bangsa Melayu sudah pun mempunyai
satu ketamadunanya tersendiri. Bila berbicara tentang ketamadunan sesuatu
bangsa itu sudah semestinya bangsa itu kaya dengan peradaban, budaya, adat
resam mahupun tatacara atau gaya hidupnya sendiri. Kesemua elemen penting itu akan menceritakan
tentang letak duduknya seseorang itu asal usulnya berbangsa apa.
Selain
daripada bahasa pertuturan, faktor adat
resam juga amat penting untuk menbentuk jati diri sesuatu bangsa itu. Jadi Melayu sememangnya sejak zaman berzaman
lagi sudah terbentuk budaya hidup,
bahasa perhubungan, adat resam dan sebagainya. Busana Melayu atau pakaian tradisional orang Melayu cukup banyak
kepelbagaianya dek kerana bangsa Melayu ini mempunyai banyak suku kaum serta
luas daerahnya. Menurut kajian dari
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), dahulunya keluasan alam Melayu adalah
bahagian utaranya sampai ke Pulau Taiwan, Hainan. Bahagian selatan pula hingga sampai benua
Australia, bahagian timurnya kepulauan
pasifik iaitu pulau Hawaii dan bahagian baratnya mengunjur sehingga pantai
timur afrika iaitu pulau Malagasi, Madagascar. Suku kaum Bugis, Jawa, Patani, Aceh, Mendailing, Banjar, Deli, Rawa,
Minangkabau dan lain-lain lagi adalah dikalangan rumpun bangsa Melayu.
Kursus ikatan tanjak dan Sampin : Semangat 7 |
CIRI-CIRI BUSANA MELAYU
1. Pakaian Kepala :
- Tengkolok : Pakaian rasmi Sultan atau Raja serta golongan bangsawan dan istana.
- Tanjak : Di pakai juga oleh masyarakat rakyat jelata.
- Bentuk Tengkolok dan Tanjak agak sama dari segi elemen asasnya iaitu
- Tapak
- Puncak kuasa
- Lambaian Kasih
- Ikatan
Jenis-jenis Tengkolok dan Tanjak berbeza mengikut negeri, seperti contoh :
- Kedah : Bunga batu (Laksamana Kedah), Dayung Mas ( Temenggung Kedah), Gagak di Rimba, Lang Bora, Sudu Itik dll.
- Perak : Balong Ayam, Ayam Patah Kepak, Laksamana Trong dll.
- Selangor : Balong Raja, Sebang Selat, Lang Patah Sayap dll.
- N. Sembilan : Dendam Tak Sudah, Sarang Kerengga, Kacang Sehelai Daun dll.
- Terengganu : Belalai Gajah, Temalong Budu, Lang Melayang dll.
- Johor : Tebing Runtuh, Tebing Laksamana dll.
- Perlis : Putera Kayangan dll.
- Pahang : Getam Budu, Sekelongsong Bunga, Raja Nak Bersiram dll.
Jenis ikatan atau juga simpulan, seperti :
- Ketupat
Palas
- Ketupat
Makassar
- Jerat
Kaki
- Garam
Sebuku
- Destar, Semutar, Sigai – Pakaian hulubalang dan rakyat biasa secara praktikalnya untuk berperang ataupun bekerja di hutan.
- Untuk wanita seperti Tengkolok, Kain Kelumbung, Tudung dan sebagainya
2. Persalinan Baju dan Seluar
- Tekua : Berasal dari daerah Tekua Par di Ligor
- Baju Sikap / Silang : Sut pakaian luar terutama untuk Panglima dan Hulubalang.
- Baju Layang : Lebih labuh bentuk pakaian daripada Tekua.
- Baju Cekak Musang : Mempunyai kolar dan berkancing dari 3 atau 5.
- Baju Telok Belanga : Tanpa kolar juga berkancing.
- Seluar Mengan : Mengikut suku kaum – Bugis, Minangkabau dan ada yang dipanggil ‘Gunting Aceh’ dan ‘ Gunting Cina’.
- Baju Wanita : Terkenal sebagai Baju Kurung seperti Baju Kurung Kedah, Baju Kurung Berpesak dll. Maksud tersirat baju kurung iaitu ‘dikurung nafsu dan tingkah laku wanita si pemakai.
3. Bengkong dan Samping
Sampin : juga diperbuat daripada songket mahupun kain sarung biasa mengikut tahap dan keadaan si pemakai. Antara ikatan sampin Melayu seperti Ayam Teleng, Laksamana Melamar, Dendang Perantau, Simpulan Bunga dll. Samping juga menjadi isyarat kepada pemakai kerana jika pemakai yang masih bujang pemakaiannya kain samping paras di atas lutut. Sementara bagi yang sudah kahwin pemakaian seeloknya paras kain di bawah lutut.
Sungguh halus dan tinggi nilai busana Melayu ini. Setiap busana dipakai dengan mengandungi maksud tersirat atau dipanggil ‘berpakaian isyarat’. Cukup berseni dan tampak segak bila dipakai lengkap busana Melayu ini.
Telah zaman berzaman,
bangsa Melayu mempunyai pelbagai adat dan istiadat yang kekal menjadi warisan dan
tradisi turun menurun. Biarpun, berbagai
cabaran atau rentak dunia baru bersandarkan teknologi moden. Namun kesinambungan warisan dan tradisi itu wajib diteruskan. Jelas, kecanggihan teknologi dan arus
permodenan tidak seharusnya menghalang atau menenggelamkan terus warisan tradisi
Melayu ini.
Rujukan mengenai busana Melayu boleh di dapati di Internet, seperti ;
Pemahaman Busana Tradisonal Melayu : Farulazri.blog
Busana Melayu : jmm.gov.my
Baju Melayu : wikipidea
Destar Warisan Malaysia : khairulannuar
Kenali Adat Budaya Melayu - Tanjak : laloquee
Mengenal Erti Tanjak :dwnbudaya
![]() |
Kursus ikatan tanjak untuk anak-anak |
sungguh ayu gadis kita berkain kelumbung
sungguh berseni busana Melayu terpasak
sungguh indah sekiranya warisan bersambung
[semangat7]