Petua & Perubatan

Petua dan Perubatan Tradisional telah menjadi amalan masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi. Amalan penjagaan dan pulih diri untuk pelbagai masalah dari peringkat dalam buaian sehinggalah ke saat-saat menghembus nafas yang terakhir. Sesungguhnya orang Melayu cukup kaya dengan keilmuan ini dek kerana pada zaman dahulu mereka tidak pernah bergantung dengan perubatan moden. Malah tumbuhan herba menjadi penawar untuk mereka selain dari berpantang dalam kehidupan agar keluarga mereka terhindar dari pelbagai penyakit.

Kursus Seni Pulih Diri : Semangat 7
Keilmuan ini terbahagi kepada beberapa bidang seperti ; Urutan, Permakanan Herba, Senaman dan ada juga petua-petua lain, petua yang berpandukan isyarat, yang cukup unik seperti petua kasih sayang, petua halau gangguan makluk halus, petua memanggil pulang anak yang lari dari rumah dan sebagainya lagi. Kategori petua isyarat ini selalunya tanpa menggunakan amalan, hanya berdasarkan isyarat yang kadang-kadang tidak masuk di akal akan tetapi cukup berkesan.

Inilah ketinggian ilmu orang-orang Melayu dalam bidang Petua dan Perubatan akan tetapi masyarakat kita pada hari ini memandang sepi terhadap mewarisinya. Mereka lebih pantas ke klinik atau hospital pakar atau terus telan ubat moden apabila menghadapi apa-apa penyakit walaupun sekadar pening-pening lalat atau senak perut. Mereka lebih percayakan ubatan moden tanpa mengetahui ramuannya, malah masyarakat kita pada hari ini sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk rawatan dan sekiranya penyakit itu tidak boleh lagi diubati oleh pihak doktor, barulah mereka mula mencari petua dan perubatan tradisional. Ketika itu, mungkin sudah agak terlewat.

Sewajarnya, ibu-bapa, suami-isteri Melayu pada hari ini mengetahui serba sedikit keilmuan ini agar pemulihan awal dapat dilakukan demi kasih sayang kita terhadap ahli keluarga kita. Ilmu warisan Melayu ini sebenarnya terdapat banyak keistimewaan dan rahsia kehebatan...

Rujukan mengenai keilmuan ini boleh didapati di internet dan antaranya ;

Perubatan Tradisional Melayu : wikipidea
Perubatan Melayu Tradisonal : kitab tibb : um.edu.my
Cara Perubatan Tradisional : jahabersa

Pak Midun : Kursus Seni Pulih Diri
urutan melayu mudah dipelajari
tumbuhan herba mudah dicari
segala ilmu yang patut diketahui
agar aman jasmani dan ruhani


[semangat7]