Permainan

Dunia semakin maju, anak-anak Melayu sekarang ini sudah terikat dengan kemodenan, dengan alat-alat canggih terutamanya telefon android, computer dan sebagainya. Anak-anak kita jarang sekali ke padang bola di waktu petang dan kerap tersangkut dengan Internet, Facebook atau Whatsapp sekian hari. Malah permainan tradisonal dan permainan rakyat tradisi Melayu sudah menjadi cukup janggal bagi mereka pada masa kini. Situasi ini lah yang akan membuat kesenian dan budaya kita akan terus lenyap ditelan zaman kemodenan ini.

Lompat Getah
Pada satu masa dahulu, kita cukup kaya dengan permainan tradisonal dan permainan tradisi kanak-kanak Melayu. Permainan yang kita sering lihat dibudayakan di mana-mana, di serata ceruk kampung dimainkan oleh anak-anak Melayu. Maka sewajarnya permainan ini semua disemarakkan semula agar terus kekal kerana dengan permainan ini anak-anak Melayu kita dapat mengeratkan persaudaraan sesama mereka dan tidaklah seakan hari ini, mereka terceruk diruang sendiri melayan kawan-kawan di handfone atau internet sahaja.

Pada hari ini, untuk kita terus mengembalikan budaya permainan ini, seharusnya para ibu bapa dan guru-guru sekolah menguasai permainan ini agar dapat mengajar kembali anak-anak dan murid-murid sekolah, agar kembali mengenali permainan kita yang cukup menceriakan ini. 

Permainan tradisional untuk golongan kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa adalah seperti; Congkak, Sepak Raga, Batu Seremban, Wau atau Layang-layang, Gasing, Dam Haji dan lain-lain lagi. 

Tarik Upeh
Permainan Tradisi anak-anak Melayu pula adalah seperti ; Caplong, Galah Panjang, Kuit Kandang, Lompat Getah, Ting-Ting, Jentik Tudung Botol, Biji Getah, Kayu Tiga, Timbang Bulu Ayam, Tarik Upih dan macam-macam lagi.

Malah terdapat juga permainan kanak-kanak yang disulamkan dengan pantun dan lagu seperti ; Mencari cucu, Tom-tom bak, Enjit-enjit semut, Datuk harimau dan seterusnya.

Antara sumber yang boleh diperolehi untuk lebih mengenali mengenai budaya permainan tradisional dan rakyat kita, antaranya seperti ;

Tradisi Yang Semakin Dilupakan : jebatdurjana
Permainan Tradisonal : permainan tradisional
Permainan Tradisional Malaysia : Wikipidea
Permainan Tradisional : KKMM.gov.my



Sungguhnya indah alam Melayu
sejak anak sehingga ke bapa
permainan kita semakin layu
kerana ibu dan bapa sudah alpa


[semangat7]