Silat & Langkah

Seni silat Melayu adalah milik orang Melayu. Seni ini telah tersohor di seluruh dunia sejak ribuan tahun lagi dan masih diamalkan sehingga sekarang. Cuma keilmuan ini pada lazimnya telah dikembangkan melalui persatuan-persatuan silat sehingga ke peringkat sekolah mahupun universiti.

Persembahan seni silat oleh WarisAlam : Semangat7
Pada zaman dahulu kala, seni silat yang hebat-hebat keilmuannya hanya terdapat di ceruk-ceruk kampung, pergunungan atau pun di gua-gua, di mana seseorang anak murid berguru dengan orang pertapaan. Ini lah antara kisah silat yang telah dipelajari pada masa dahulu seperti kisah Hang Tuah bersaudara pergi berguru.

Pada hari ini terdapat dua pendapat mengenai mempelajari seni silat ini. Satu, berpendapat seni ini adalah seni yang telah ketinggalan zaman memandangkan zaman ini sudah mempunyai pistol dan senapang. Silat yang cuma bersentajakan keris sudah pasti tidak dapat mengatasi senjata moden.

Kedua, seni ini wajar diwarisi kerana tinggi nilai seninya dalam segi ilmu mempertahankan diri dan falsafah yang terkandung dalam seni ini. Seseorang itu tidak dapat menilainya sekiranya tidak pernah mempelajarai seni ini.

Pada hari ini, seni silat ini jarang sekali dipersembahkan dalam majlis perkahwinan atau upacara rasmi. Apa pun ia masih kekal diamalkan dan pihak kementerian turut menganjurkan pertandingan silat seni dan silat olahraga sehingga ke peringkat sukan SEA. Oleh itu, dianggap seni ini akan kerus kekal cuma tidak menyeluruh kepada setiap individu Melayu masa kini. Pada hal, seni ini dikira wajib kepada setiap lelaki Melayu selain ilmu agama pada zaman dahulu.

Silat tergolong kepada beberapa jenis, jenis seni yang mempunyai pencak atau tarinya dan jenis kedua adalah jenis tempur semata-mata, tidak mempunyai tari tetapi buah-buah silat sahaja. Keterangan lanjut mengenai silat terdapat banyak di internet. Apa-pun adalah disarankan agar kita mempelajari salah satu jenis silat Melayu yang ada, pelajari lah ilmu seni silat Melayu yang benar-benar asli, yang tidak bercampur dengan dari luar negeri.

Persembahan WarisAlam di Thailand
seni silat pakaian para hulubalang
dalan seni membawa amanah
kekallah Melayu dahulu dan sekarang
sehingga zaman entah berentah

[semangat7]