Senjata

Senjata tradisional Melayu amat sinonim dengan ilmu mempertahankan diri, seni silat dan para hulubalang. Senjata-senjata ini amat tinggi nilai seninya dan mempunyai falsafahnya sendiri, malah keris telah diiktiraf diperingkat dunia sebagai senjata yang paling berbisa.

Lawatan WarisAlam ke tukang
membuat sarung senjata
Hari ini senjata pakaian para hulubalang Melayu tidak lagi nampak tertonjol dalam golongan masyarakat kita, kecuali disimpan di muzium atau oleh pengemar barangan antik sahaja. Ini adalah kerana masyarakat kita tidak tahu menilai ketinggian mutu serta keilmuan tentang senjata-senjata nenek moyang kita ini. Adalah di maklumkan bahawa senjata-senja ini lah yang digunakan oleh para pahlawan kita beratusan tahun dahulu untuk mempertahankan diri, tanahair dan agama sehinggakan kita pada hari ini dapat kekal bertapak di bumi Melayu ini. Sesungguhnya para pahlawan dahulu bersenjatakan keris, lembing, panah dan sebagainya telah banyak berjasa kepada anak-cucu mereka sekelian, iaitu kita pada hari ini.

Pada hari ini pelbagai pihak peminat senjata Melayu mula mengali pengetahuan mengenainya dari segi sejarah asal usul dan keilmuan senjata agar senjata nenek moyang kita ini dimartabatkan kembali. Namun asal-usul Melayu dalam kepandaian besi tidak dapat dikenal pasti secara tepat, akan tetapi kita pasti setelah penemuan pihak USM bahawasanya sejak abad pertama lagi negeri Kedah telah menjadi pengeluar senjata berunsurkan besi yang terkemuka di dunia pada masa itu.

Senjata tradisi Melayu sewajarnya di kembalikan di muka bumi ini sebagai senjata rasmi milik orang Melayu dan sewajarnya juga tersimpang sekurang-kurangnya sebilah keris di setiap rumah orang Melayu.

Antara senjata Melayu adalah seperti ; Badik, Jambia, Kerambit, Keris, Parang, Lading, Pedang, Tumbuk Lada, Wali, Lembing dan banyak lagi.

Pengetahuan mengenai senjata-senjata ini boleh diperolehi banyak di internet sebagi contoh ;

Senjata Melayu : wikipidea
Senjata Tradisional Masyarakat Melayu : adniloomy
Senjata-senjata Tradisional Melayu : memori-kedah.com

Para tukang pembuat senjata tradisonal ini masih boleh didapati walaupun jumlah mereka tidaklah seramai pada zaman dahulu dek kerana anak-anak muda kurang minat mewarisi keilmuan membuat senjata-senjata ini. Antara mereka adalah seperti di bawah ;

Pembuat Badik & Keris : wan2kang
Tukang Besi Pekan Barat : dlan6658
Pandai Keris : azmipasak
Pandai Besi di Bukit Chandan : jejakmihrabmimbar


Keris Melayu
keris Melayu pusaka bangsa
duduk tersemat dalam warisan
senjata Melayu tinggi nilainya
wajar kita semua martabatkan


[semangat7]